VITAMIN C TIPS PENYIMPANAN


Entry untuk tahun 2013. Nampak mcm simple je kan.. tapi ramai yang tak tahu..mari kita ambil tahu..

Vitamin C dan kebanyakkan produk anti-oxidant sebaiknya disimpan di tempat yg dingin dan jauh dari panas & cahaya matahari utk pastikan ia tahan lama. 

Ada customer yg tanya..apa jadi kalau tak simpan seperti yg disarankan..
~Vitamin C akan cepat rosak.

Sebabnya?
Vitamin C akan bertindak balas dgn persekitaran panas, suhu panas & kelembapan, menyebabkan vitamin C teroksida (oxidize). 

Perubahan jelas yg kita blh tengok adalah dari segi warna Vitamin C tu akan menjadi semakin gelap. 

Apa masalah dengan Vitamin C yg dah oxidize?
Tak memberi kesan dari nutrient-nya. Agak membazir ler kalau kita makan sesuatu yg tiada nutrien, kan.

So sekarang ade faham skit kan.. here sy kongsikan beberapa tips menjaga tablet vitamin C.

TIPS PENJAGAAN VITAMIN C
-Simpan di tempat dingin seperti peti sejuk selepas vitamin C dibuka
-Jika tak da peti sejuk, simpan lah dalam bilik/almari. 
-Jangan simpan Vitamin C dalam dapor dan bilik air sbb kelembapan tinggi boleh menyebabkan vitamin C cepat oxidize.
-Jangan simpan Vitamin C di tepi tingkap, atau di tempat dengan cahaya matahari terus. 
-Vitamin C yg belum dibuka botolnya blh tahan lama.
-Vitamin C yang dah dibuka tidak akan tahan lama (jika disimpan di tempat selain peti sejuk), maka jgn biarkan vitamin C yg dah dibuka tersimpan terlalu lama.

Sekian serba sedikt penerangan vitamin c yang sy tahu dari bacaan untuk di kongsikan dengan anda semua.... Nak order vitamin C?

Email sy.. mysweetbeautyshop@gmail.com
Sms... 017 3204928 ( Pn. Sabariah )