FOLLOW ME DEAR..

get this widget here

TANAKA!! TANAKA!!. TANAKA!! ORI DARI MYANMAR




OULss baca ni asah kayu tanaka terus (dri myammar yer).skrg dah senang beli je bedak sejuk tanaka ni

Kulit pokok Thanaka itu, ia didakwa, bertindak sebagai.
Astringen, antiseptik dan pelindung matahari

Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Ianya dipercayai boleh digunakan untuk tujuan melembutkan dan mencerahkan kulit muka.

Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit. Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik.

Ia juga dapat menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh. Menariknya, kayu Tanaka ini mempunyai pelbagai fungsi. Setakat ini belum ada kajian saintifik lagi mengenai kayu ini. Tetapi di Malaysia sudah ada syarikat kosmetik yang menggunakan kayu Tanaka ini sebagai asas dalam kosmetik mereka.Tidak ketinggalan, negara seperti Singapura, Filipina dan Thailand sudah tidak asing lagi dengan bedak Tanaka.

Di Malaysia, Kosmetik berasaskan kayu Tanaka telahpun diiklankan di dalam kaca televisyen. Jika tidak salah nama kosmetik itu ialah Bio Essense Tanaka White.Yang tidak ada dalam iklan pun banyak juga.

Menurut masyarakat Myanmar, kulit kayu inilah yang mujarab digunakan sebagai petua untuk merawat dan mencantikkan kulit muka mereka. Tidak kira jenis kulit sensetif, normal, kombinasi, semuanya boleh menggunakannya tanpa was-was.Boleh juga digunakan kepada bayi baru lahir.Ianya tidak memudaratkan kulit.Kita lihat senario sekarang, ramai orang ingin kelihatan cantik dengan cepat tetapi produk yang digunakan semuanya mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

Memang nampak cantik pada mulanya tetapi lama kelamaan kulit menjadi rosak. Jadi lebih baiklah kita sebagai pengguna bijak cuba beralih kepada bahan semula jadi seperti Kayu Tanaka .

Kayu Tanaka ini, diasah di atas batu untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan.

Tetapi ianya nampak seperti kita memakai bedak sejuk. Boleh diratakan ke muka dengan menggosoknya sehingga rata seperti kita memakai bedak. Adalah lebih baik bagi orang yang berjerawat memakainya dengan tebal di muka pada waktu malam. Seperti memakai MASKER.




TANAKA (bedak)
Di Myanmar, para wanita menempek tanaka, iaitu sejenis bedak yang dibuat dari kulit pokok tanaka. Ianya berfungsi sebagai
sunblock dan dipercayai menghalus dan mencantikkan kulit.





.

get this widget here

.

DOA SEBELUM MAKAN / MINUM UBAT / VITAMIN

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ
أَذْهِبِ الْبَائْسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ اَنْتَ الشَّافِى
َ لا شَافِىَ اِلا اَنْتَ اَللهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ الْعَافِيَةَ

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah derita, sembuhkanlah,
Engkaulah yang Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh kecuali Engkau
Ya Allah aku mohon sihat afiat kepadaMu

Search This Blog

Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI...

KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI...

.

.

.

.

.

.
Free background from VintageMadeForYou