Sebelum ini saya pernah memberikan cara mencuci muka dengan betul. Kali ini saya akan membincangkan empat perkara yang perlu dielakkan semasa mencuci muka.
Mungkin anda terlalu obses semasa mencuci muka. Mengguna pencuci muka terlalu banyak, cuci muka terlalu lama, menggosok muka dengan kuat dan mencuci muka dengan kerap sebenarnya tidak bagus. Cara cucian begini tidak akan menghilangkanjerawat malah ia merosakkan lagi kulit muka anda.
Cara yang terbaik adalah mencuci muka dua kali sehari. Gosok dan urut muka dengan perlahan-lahan supaya peredaran darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar di seluruh muka anda.
Sebaiknya gunalah pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Jika kulit anda sensitif gunakan pencuci muka yang bebas aroma/wangian, untuk kulit berminyak pilih pencuci muka yang berasaskan air berbentuk gel atau buih dan bagi anda yang berkulit kering gunakan pencuci muka yang mengandungi formula kelembapan.
Jika anda mengalami simptom ini, nasihat saya berhenti menggunakan pencuci muka tersebut dan dapatkan rawatan doktor sebelum ia menjadi lebih teruk.
Gunakan air suam-suam kuku. Tak telalu panas dan tak terlalu sejuk.
Empat perkara ini amat penting untuk dielakkan supaya dapat memberi kesan yang terbaik semasa mencuci muka. Kulit muka yang sihat adalah hasil daripada penjagaan yang baik dan sempurna oleh diri kita sendiri.