FOLLOW ME DEAR..

KULIT CANTIK DENGAN COLLAGEN DAN VITAMIN C


Kolagen yang disebut-sebut orang dalam penjagaan kecantikan kulit adalah salah satu dari beribu jenis protien dalam badan, yang menyambung dan menyokong tisu-tisu badan. Antara tisu-tisu badan tersebut termasuklah KULIT, tulang, otot, tendon, cartilage. Kolagen juga digelar sebagai 'gam' dalam badan. Makin kuat gam, makin melekat dan dekatlah tisu-tisu kulit, menjadikan kulit kelihatan tegang. Sebaliknya, tanpa kolagen secukupnya, tisu-tisu terpisah dan kulit mula nampak kendur dan berkedut.

Kolagen boleh dihasilkan sendiri dalam badan.  Untuk penghasilan kolagen yang secukupnya, ia memerlukan Vitamin C sebagai pemangkin. Tanpa vitamin C, kolagen tidak akan terhasil. Salah satu kesan kekurangan kolagen boleh dilihat pada pesakit scurvy. Kalau dilihat pada pola pemakanan pesakit ini, mereka kurang mengambil buah-buahan yang semestinya sumber utama Vitamin C.

Untuk merawat masalah kulit yang berkaitan dengan keanjalan kulit, sememangnya terdapat pelbagai produk di pasaran yang diiklankan mengandungi kolagen. Namun, pakar kesihatan lebih menggalakkan penekanan diberikan kepada meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh dengan pengambilan kolagen yang asli tanpa campuran. Ia lebih semulajadi dan lebih selamat.

Oleh kerana penghasilan kolagen memerlukan Vitamin C, maka pastikan anda mendapat nutrien Vitamin C secukupnya setiap hari. Dos yang seringkali disarankan ialah 500mg sehari. Namun, pengambilan yang melebih 500mg tidak akan membahayakan selagi tidak melebihi 2000mg kerana Vitamin C larut dalam air dan mana-mana vitamin larut air yang berlebihan akan dikeluarkan juga melalui air iaitu urin.

Jadi, sekarang anda tau kan macam mana nak mendapatkan kolagen cara mudah, MURAH dan SELAMAT?

Dan sekarang anda ada lebih sebab untuk mementingkan pengambilan Vitamin C dan collagen dalam diet harian.

get this widget here

.

DOA SEBELUM MAKAN / MINUM UBAT / VITAMIN

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ
أَذْهِبِ الْبَائْسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ اَنْتَ الشَّافِى
َ لا شَافِىَ اِلا اَنْتَ اَللهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ الْعَافِيَةَ

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah derita, sembuhkanlah,
Engkaulah yang Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh kecuali Engkau
Ya Allah aku mohon sihat afiat kepadaMu

Search This Blog

Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

MACAM2 ADA DI MSBS

KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI...

KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI...

.

.

.

.

.

.