FOLLOW ME DEAR..

get this widget here

VITAMIN C DAN KEBAIKANNYA.. TENTANG VITAMIN C







VITAMIN C atau juga dikenali dengan nama asid askorbik ialah nutrien bersifat larut air dan diperlukan tubuh bagi pertumbuhan sihat. Tanpa vitamin ini, pelbagai masalah kesihatan boleh muncul dan mengancam imuniti badan.

Berikutan sifatnya yang larut air, vitamin C perlu diambil setiap hari dalam jumlah yang sesuai bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Ini kerana kekurangan nutrien itu dalam jumlah yang besar boleh menyebabkan penyakit skurvi yang menyumbang kepada pendarahan gusi, pendarahan di bawah lapisan kulit serta keletihan melampau.

Sumber vitamin C datang daripada pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya zat berkenaan termasuk brokoli, strawberi, oren, jus limau, betik, kailan dan kubis.

Kebaikan vitamin C pada kesihatan tidak dapat disangkal dan ia bukan saja menyumbang kepada meningkatkan pertahanan tubuh terhadap serangan penyakit biasa, malah diperlukan bagi pengeluaran kolagen iaitu struktur utama protein yang ditemui dalam tisu penghubung.

Dos sesuai vitamin C yang diambil setiap hari mampu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit dan mengekalkan kesihatan gigi dan tulang, selain meningkatkan keupayaan tubuh untuk memperbaiki luka dengan lebih pantas.

Seiring dengan meningkatkan imuniti tubuh, vitamin C juga mampu melawan jangkitan bakteria, virus dan penyakit berjangkit, selain mempunyai sifat antihistamin yang berkesan dalam mengurangkan ketidakselesaan yang wujud akibat selesema biasa termasuk radang, hidung tersumbat dan lenguh badan.

Vitamin C juga ialah antioksidan yang berkesan dan mempunyai kuasa yang besar dalam melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksida pada tubuh.

Tekanan berkenaan boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti aterosklerosis yang menyumbang kepada penyakit jantung dan serangan angin ahmar serta mempunyai kaitan dengan pelbagai jenis kanser seperti paru-paru, mulut, tekak, kolon, perut dan esofogus.

Kebaikan vitamin C tidak terhenti di situ, sebaliknya ia mampu meningkatkan semula bekalan vitamin E yang juga antioksidan penting untuk tubuh.

Pengambilan vitamin C secara teratur dan dalam dos yang dicadangkan pakar kesihatan juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kemungkinan terjadinya penyakit darah tinggi serta masalah kesihatan berkaitan kardiovaskular.

Zat penting itu mampu memastikan pembukaan sempurna salur darah yang boleh menghalang masalah aterosklerosis, kolesterol tinggi, kerosakan jantung dan kesakitan dada akibat kekurangan darah yang dipam pada jantung.

Vitamin C juga mampu mengurangkan kandungan plumbum dalam darah secara mendadak terutama pada kanak-kanak yang hidup di kawasan bandar. Ini kerana kajian mendapati toksik plumbum mampu menyumbang kepada masalah sikap dan pertumbuhan seperti rendah IQ dan lemah pembelajaran yang mungkin disebabkan kerosakan pada buah pinggang dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, mata juga memerlukan vitamin C untuk berfungsi pada tahap optimum dan kekurangan vitamin C boleh menyumbang kepada risiko katarak yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Selain daripada diet makanan, vitamin C boleh diambil dalam bentuk makanan tambahan bagi memberi dos yang cukup untuk mengekalkan kesihatan diri.

Kesimpulannya, vitamin C mampu memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh dan kekurangannya menyebabkan kesihatan terganggu, terutama pada zaman di mana semua orang sibuk dan terkejar-kejar menyiapkan segala tugas hingga terlupa untuk mengambil makanan seimbang, begitu juga kanak-kanak yang tidak gemar makan sayur atau buah.


.

get this widget here

.

DOA SEBELUM MAKAN / MINUM UBAT / VITAMIN

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ
أَذْهِبِ الْبَائْسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ اَنْتَ الشَّافِى
َ لا شَافِىَ اِلا اَنْتَ اَللهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ الْعَافِيَةَ

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah derita, sembuhkanlah,
Engkaulah yang Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh kecuali Engkau
Ya Allah aku mohon sihat afiat kepadaMu

Search This Blog

Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

MACAM2 ADA DI MSBS

KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI...

KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI...

.

.

.

.

.

.
Free background from VintageMadeForYou