FOLLOW ME DEAR..

RUMPAI LAUT ASLI ( COLLAGEN ASLI ) ANUGERAH TUHAN YANG SANGAT BERHARGA - INFORMASI



Rumpai Laut Asli (Kolagen Asli) Nikmat Tuhan Yang Sangat Berharga - Informasi | Terik matahari yang memancar tengah hari itu langsung tidak melunturkan semangat sekumpulan pakar penyelidik dan penuntut institusi pengajian tinggi dari dalam dan luar negara untuk meredah laut Pulau Besar, Melaka bagi mencari khazanah alam itu.Masing-masing tekun meranduk dan sekali-sekala menyelam sambil tangan pantas mencapai khazanah dasar laut itu.


Selepas berjam-jam meranduk, mereka kembali ke darat membawa hasil tangkapan tetapi bukan ikan atau harta karun, sebaliknya rumpai laut.Hakikatnya terdapat pelbagai rumpai laut yang beraneka warna dan bentuk dibawa pulang oleh peserta Persidangan Taksonomi Rumpair Laut Asia Tenggara anjuran Institut Sains Samudera dan Bumi (IOES), Universiti Malaya (UM) itu.

Rumpai laut itu kemudian dikenal pasti dan dijadikan sampel rujukan ilmiah untuk mengkaji potensinya.Rumpai laut termasuk dalam kumpulan alga. Alga terdiri daripada mikroalga (fitoplankton) dan makroalga (rumpai laut).Mikroalga boleh hidup di dalam air tawar dan masin, manakala rumpai laut hidup di dalam air laut sahaja.Terdapat kira-kira 380 spesies rumpai laut di perairan Malaysia. Habitatnya ialah di pesisiran pantai, pantai berbatu, pantai berlumpur, bakau, terumbu karang dan pantai berpasir."Malaysia kaya dengan rumpai laut kerana kedudukannya yang terletak dalam lingkungan Lautan Pasifik dan Laut Merah.

"Ia merupakan salah satu kawasan megadiversiti di dunia yang mempunyai biodiversiti marin yang tinggi termasuk rumpai laut."Hampir 380 spesies rumpair laut yang terdiri daripadachlorophyta (rumpai laut hijau - 102 jenis), rhodophyta (rumpai laut merah - 185 jenis), phaeophyta (rumpai coklat - 72 jenis) dan cyanophyta(rumpai laut biru hijau - 32 jenis)," kata Pengarah IOES UM, Profesor Dr. Phang Siew Moi.
Pelbagai spesies yang bernilai tinggi belum dikomersialkan. Di Malaysia, hanya spesies Kappaphycus dan Eucheuma dikultur secara besar-besaran.Siew Moi memberitahu, banyak kajian dan penyelidikan dijalankan bagi menentukan sebatian bioaktif daripada rumpai laut.


Setiap penemuan terbaru mengenai sebatian tersebut dikenal pasti dan diterbitkan dalam jurnal antarabangsa. Kebanyakan sebatian bioaktif berfungsi sebagai antivirus dan antikanser, manakala yang lain boleh dibangunkan menjadi ubat tetapi ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum dapat direalisasikan.Dalam perubatan tradisional, kebanyakan rumpai laut digunakan oleh penduduk di Asia.

Sebagai contoh, nelayan akan menggunakan serbuk Halimeda untuk dicampurkan dengan air sebelum diberikan kepada kanak-kanak bagi mencegah cacing."Carraguard merupakan satu microbiocide yang dibuat daripada karrageenan. Ia digunakan sebagai antiviral untuk melawan HIV dan berfungsi sebagai kontraseptif di Afrika. "Halimeda discoidea, Laurencia, Bryopsis dan Sargassum pula bertindak menghalang pertumbuhan sel leukemia, sel barah payu dara dan HIV," ujarnya.

Rumpai laut juga katanya, boleh menjadi sumber bio bahan api. Selepas diesktrak untuk mendapatkan agar, bahan buangan biomas boleh diperam atau ditapaikan untuk menghasilkan metana, metanol atau etanol.
Ia juga boleh digunakan sebagai sumber tenaga alternatif bagi menampung permintaan sektor pengangkutan negara.

Katanya lagi, Gelidium amansii (rumpai merah) boleh diproses untuk mendapatkan agar yang kemudiannya dijual untuk digunakan dalam industri makanan atau ditapai bagi menghasilkan bioetanol.


"Selebihnya boleh digunakan untuk menghasilkan metana atau jika kualiti fibernya tinggi, ia boleh digunakan untuk membuat kertas berkualiti tinggi."Penghasilan kertas daripada rumpai laut telah dilakukan oleh syarikat Korea iaitu Pegasus International."Di Malaysia, kebanyakan karrageenan dihasilkan daripada Kappaphycus atau Eucheuma yang dieksport atau digunakan untuk memproses makanan haiwan dalam tin, jeli, penstabil makanan dalam minuman tenusu, aiskrim dan banyak lagi," jelasnya.Siew Moi memberitahu, rumpai yang boleh dimakan sebagai ulam atau salad ialah Eucheuma, Solieria dan Caulerpa lentillifera. 

Ia banyak dijual di pasar Semporna, Sabah."Spesies rumpai perang iaitu Sargassum, Padina, Turbinaria pula digunakan dalam sup Cina yang berkhasiat untuk menyejukkan tubuh, menyingkirkan toksin dalam badan dan sumber iodin untuk mengelakkan penyakit goiter."Di sebalik pelbagai khasiatnya, rumpai laut turut menghadapi pelbagai ancaman seperti pencemaran air laut, kesesakan trafik marin dan pemanasan global yang boleh merencatkan pertumbuhan dan mengurangkan daya tahannya terhadap penyakit," katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Bahagian Akuakultur Marin, Jabatan Perikanan Malaysia, Adibi Rahiman Md. Nor memberitahu industri rumpai laut di Malaysia kini tidaklah sehebat negara jiran, Indonesia dan Filipina yang lebih dahulu terlibat dalam industri tersebut.Katanya, dalam industri rumpai laut, ada dua cabang utama iaitu huluan dan hiliran. 


Bagi industri huluan, pengkulturan rumpai laut di Malaysia hanya boleh dilakukan di kawasan Semporna, Lahad Datu dan Kunak di Sabah. "Mereka yang terlibat dalam dalam industri huluan ini terdiri daripada orang kampung dan syarikat swasta. Hasil tuaian akan dikeringkan dan dijual untuk tujuan semi proses.

"Di Malaysia, hanya ada dua kilang yang memproses semi refine karrageenan (SRC) yang terbahagi kepada dua iaitu gred makanan dan gred bukan makanan," ujarnya.Tambahnya, kedua-dua bahan tersebut kemudiannya dieksport ke Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai karageenan (RC) yang diproses.Ia digunakan dalam industri pemprosesan daging, wain, bir, cuka, aiskrim, yogurt, sos, ubat gigi, losen, syampu dan kertas.

Negara-negara yang mempunyai teknologi pemprosesan SRC akan menjual produk akhir ke seluruh dunia termasuk Malaysia pada harga yang lebih tinggi."Industri rumpai laut di Malaysia sudah lama. Industri pengkulturan bermula sejak tahun 1970-an lagi dan kini negara kita merupakan pengeluar ketiga terbesar untuk sumber bahan mentah Kappaphycus danEucheuma selepas Indonesia dan Filipina.

"Menyedari bahawa industri rumpai laut mempunyai potensi yang besar, kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Rumpair Laut Negara yang berperanan menilai projek-projek rumpai laut yang dijalankan sama ada di peringkat huluan atau hiliran melalui jawatankuasa teknikal," katanya. Kini, Jabatan Perikanan sedang dalam usaha mengumpulkan pakar-pakar rujuk dalam bidang rumpai laut untuk membangunkan industri yang berpotensi tinggi ini. Sehubungan itu, kerjasama antara pelbagai pihak seperti institusi pengajian tinggi (IPT), saintis dan agensi kerajaan sangat penting demi memajukan industri tersebut.

Buat masa ini, kawasan yang sesuai untuk menternak rumpai laut ialah Kunak, Lahad Datu dan Semporna di Sabah yang berkeluasan 7,535 hektar dan melibatkan 943 penternak.

"Bagi memastikan Malaysia mampu bergerak seiring dengan Indonesia dan Filipina, Jabatan Perikanan akan pertingkatkan program memperkenalkan variasi baru yang baik, cepat membesar dan dalam masa yang sama memperkenalkan sistem pengkulturan rumpai laut yang baik kepada petani supaya pengeluaran dapat ditingkatkan."Kita juga menggalakkan pelabur-pelabur swasta yang berminat untuk melabur dalam industri pemprosesan. 

Kita akan membantu mereka untuk memulakan projek tersebut," jelasnya. Selain itu ada cadangan di bawah Jawatankuasa Rumpai Laut Negara untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan di Semporna bagi menyalurkan maklumat kepada penternak atau pengusaha rumpai laut dan mewujudkan koperasi untuk kebaikan mereka.




KOLAGEN MENTAH~ DARI SUMBER RUMPAI LAUT
100% asli, belum diproses, bebas kimia/racun, pewarna, pengawet, steroid, perisa

HARGA TERBARU 2013... GRED AA ( KUNING )

2 pack = RM25 SMNJUNG MSIA….FREE POS LAJU
2 pack =RM35 SABAH/SARAWAK….FREE POS LAJU

5 pack = RM55 SMNJUNG MSIA..FREE POS LAJU
5 pack= RM65 SABAH /SARAWAK…FREE POS LAJU

10 pack = RM80 SMNJUNG MSIA….FREE POS LAJU
10 pack =RM90 SABAH/SARAWAK….FREE POS LAJU

HARGA TERBARU 2013... GRED AAA ( PURPLE )

2 pack = RM28 SMNJUNG MSIA….FREE POS LAJU
2 pack =RM38 SABAH/SARAWAK….FREE POS LAJU

5 pack = RM68 SMNJUNG MSIA..FREE POS LAJU
5 pack= RM78 SABAH /SARAWAK…FREE POS LAJU

10 pack = RM90 SMNJUNG MSIA... FREE POS LAJU
10 pack = RM100 SABAH /SARAWAK... FREE POS LAJU

1 PEK=100GM
(pengambilan untuk 3-4 minggu)
nilai pH 6-7

For any enquiry..
Email : mysweetbeautyshop@gmail.com
Sms : 0173204928 (Pn. Sabariah)

@ ISI








get this widget here

.

DOA SEBELUM MAKAN / MINUM UBAT / VITAMIN

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ
أَذْهِبِ الْبَائْسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ اَنْتَ الشَّافِى
َ لا شَافِىَ اِلا اَنْتَ اَللهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ الْعَافِيَةَ

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah derita, sembuhkanlah,
Engkaulah yang Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh kecuali Engkau
Ya Allah aku mohon sihat afiat kepadaMu

Search This Blog

Ya Allah, Murahkan Rezeki Bagiku ....

" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

MACAM2 ADA DI MSBS

KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI...

KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI...

.

.

.

.

.

.